
Tarikh: 27 Ogos 2009
Tempat: Bilik Seminar PPD Segamat
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Kursus Pengurusan Tingkah Laku Pendidikan Khas dimulakan dengan slot pertama iaitu "Pengurusan Program & Kertas Kerja" oleh En. Zharulnizam Shah. Ini diikuti dengan slot istimewa oleh Pn. Noor Hudah Bt. Jamal, Penolong Pengarah Pendidikan Khas JPN Johor berkaitan pengurusan tingkah laku pelajar. Slot kursus diteruskan oleh Pn.Intan Nazirah Bt. Tormudzi dengan tajuk slot "Pengurusan P&P (Sindrom Down)". Seterusnya, slot terakhir iaitu "Pengurusan Temuduga" disampaikan oleh En. Masnawi B. Shamsudin. Majlis perasmian penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Rahman Bin Hamdan, Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Johor.
No comments:
Post a Comment